Malaysia rugi RM755 juta akibat banjir 2023

Nilai kerugian akibat banjir pada tahun 2023 berjumlah RM755.4 juta atau 0.04 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal. - Gambar fail Bernama
Nilai kerugian akibat banjir pada tahun 2023 berjumlah RM755.4 juta atau 0.04 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal. - Gambar fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Nilai kerugian akibat banjir pada tahun 2023 berjumlah RM755.4 juta atau 0.04 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2023 memaklumkan, jumlah itu berkurangan sebanyak RM271.1 juta berbanding yang dicatatkan pada tahun 2022 (0.06 peratus).

Nilai kerugian tersebut meliputi kerosakan tempat kediaman sebanyak RM168.3 juta; kenderaan (RM22.3 juta), premis perniagaan (RM53.2 juta) dan pembuatan (RM10.3 juta).

Selain itu ia turut melibatkan kerugian industri pertanian sebanyak RM120.6 juta serta aset awam dan infrastruktur (RM380.7 juta).

Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2023
Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2023

"Maklumat yang diperolehi adalah daripada tinjauan khas yang dijalankan bermula Januari hingga Disember 2023.

"Jumlah kerosakan bagi pertanian, aset awam dan infrastruktur adalah dinilai menggunakan maklumat yang diumumkan oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan," menurut laporan tersebut pada Isnin.

Sementara itu, Johor merekodkan nilai kerugian tertinggi akibat banjir dengan RM275 juta diikuti Kelantan (RM139.7 juta), Terengganu (RM77.7 juta), Pahang (RM74.8 juta) dan Perak (RM46.9 juta).

Artikel Berkaitan:

Daerah Batu Pahat dan Segamat di Johor menjadi kawasan tertinggi mengalami kerugian dengan masing-masing merekodkan sebanyak RM104.8 juta dan RM54.6 juta.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28