Sila log masuk terlebih dahulu.

80 pekebun sawit hilang pendapatan akibat banjir termenung

03 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 3 JANUARI 2024

Kira-kira 80 pekebun kecil kelapa sawit di Kampung Parit Mahang di Kuala Selangor terjejas teruk akibat banjir termenung yang masih belum surut sejak awal November tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Rata-rata pekebun mendakwa, keadaan itu menyebabkan pendapatan penduduk terjejas kerana sebahagian besar bergantung kepada kelapa sawit.

Seorang penduduk, Sazali Rahiman, 49, berkata, kawasan kebun kelapa sawit seluas kira-kira 96 hektar itu masih ditenggelami air sehingga kini.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/642299/edisi/selangor-kl/80-pekebun-sawit-hilang-pendapatan-akibat-banjir-termenung

Muzik: idokay - Fall Down dari www.artilist.co

#SinarHarian #BeritaSemasa #BanjirTermenung #Selangor #Pekebun #KelapaSawit