Lelaki maut terjatuh pangsapuri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan tertiarap dipercayai terjatuh dari tingkat atas Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Pantai Dalam petang semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai pada jam 5.52 petang memberitahu terdapat seorang lelaki terjatuh dan dijumpai tertiarap dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Menurut saksi, kejadian berlaku ketika hujan lebat di kawasan tersebut. Pasukan dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi mendapat lelaki tersebut sudah meninggal dunia ketika pemeriksaan dibuat terhadapnya.

“Siasatan awal mendapati lelaki berusia 29 tahun tinggal bersama keluarganya di pangsapuri sama yang mempunyai ketinggian 21 tingkat itu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal di lokasi mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat bagi menentukan sebab kematian.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 0322979222,” katanya.

Artikel Berkaitan: