Selepas Akhyar Rashid, Faisal Halim pula mangsa jenayah

Tangkap layar artikel berkaitan kejadian samun terhadap Akhyar Rashid dan Faisal Halim yang disimbah asid.
Tangkap layar artikel berkaitan kejadian samun terhadap Akhyar Rashid dan Faisal Halim yang disimbah asid.
A
A
A

SELEPAS pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid disamun Khamis lalu, pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim pula menjadi mangsa jenayah apabila disimbah asid dalam kejadian di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Petaling Jaya pada Ahad.

Difahamkan perkara tersebut berlaku ketika pemain Selangor FC itu dihampiri dua individu bermotosikal sebelum bertindak menyimbah asid kepadanya mengakibatkan Faisal mengalami kelecuran tahap dua pada beberapa bahagian tubuh iaitu sekitar leher, bahu, lengan serta dada.

Kejadian seperti ini sudah pasti mengejutkan banyak pihak lebih-lebih lagi ahli keluarga, rakan sepasukan dan pihak pengurusan pemain berkenaan serta penyokong setia bola sepak tanah air.

Menerusi media sosial, pelbagai persoalan dibangkitkan netizen kerana kes serangan jenayah melibatkan dua atlet negara berlaku dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Ada yang cuba mengaitkan situasi tersebut berlaku disebabkan khianat atau dendam tetapi orang ramai diingatkan supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi bagi memberi ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan penuh.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil meminta pihak polis mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada Faisal atau lebih dikenali sebagai 'Mickey' dengan kadar segara.

Dalam pada itu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 5.51 petang.

Menurut beliau, Faisal kini berada dalam keadaan stabil dan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut Hussein berkata, pihak polis telah meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran dan mendapati ada dua individu bermotosikal menghampirinya sebelum menyimbah asid kepada Faisal.

Bagaimanapun ujarnya, semakan terhadap nombor kenderaan yang digunakan merupakan nombor kenderaan palsu dan dipercayai motosikal curi.

Tambah beliau, siasatan lanjut berkaitan insiden berkenaan masih dijalankan dan kes disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Diharapkan kes berkenaan dapat diselesaikan dalam kadar segera dan hukuman sewajarnya dikenakan kepada pelaku kerana telah mengakibatkan kecederaan kepada mangsa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!