Tegas urus kewangan faktor kenaikan gaji penjawat awam dapat direalisasi

Anwar semasa tiba di Program Perkampungan Sunnah di Masjid Alwi Kangar pada Jumaat.
Anwar semasa tiba di Program Perkampungan Sunnah di Masjid Alwi Kangar pada Jumaat.
A
A
A

KANGAR - Ketegasan dalam menguruskan kewangan antara faktor yang mampu membantu kerajaan menaikkan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus bermula Disember Ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan menaikkan gaji kelompok itu juga merupakan satu ganjaran yang adil bagi membantu meningkatkan kefahaman kerja serta disiplin dalam bidang masing-masing.

"Tetapi bagaimana hutang (negara) RM1.5 trilion, defisit 5.6 peratus, turun 5 peratus tahun ini dan insya-ALLAH kita turun lagi tahun depan.

"Kita boleh (laksanakan kenaikan gaji) kerana kita boleh kawal pengurusan kewangan (negara).

"Saya yakin ada barakah, ada nikmat kalau kita betul-betul 'straight' dan 'rigid' dalam hal ini," katanya semasa berucap pada Program Perkampungan Sunnah di Masjid Alwi Kangar pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Jelas Anwar, rakyat diminta agar mendengar penerangan secara mendalam tentang kenaikan gaji tersebut sebelum membuat sekarang kesimpulan.

"Saya ingat orang berterima kasih tetapi (ada yang) serang lagi, kata 15 peratus itu (bukan paling) tinggi, (sebelum ini) ada 35 peratus, dengarlah dahulu.

Artikel Berkaitan:

"15 peratus itu secara umum kalau orang itu pendapatan rendah, (contohnya) ada anak muda seorang (yang saya jumpa) kata dapat elaun RM1,200, (dengan gaji) minimum RM2,000.

"Sekarang yang naik itu nanti 35 peratus, sebenarnya kalau dia faham senang," ujar beliau.

Pada Khamis, Anwar mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024.

Menurutnya, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!