Pekerja resort cemas restoran terbakar

Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran sebahagian resort di Kampung Tampi-Tampi, Semporna.
Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran sebahagian resort di Kampung Tampi-Tampi, Semporna.
A
A
A

SEMPORNA - Pekerja di sebuah resort cemas selepas restoran tempat penginapan terbabit musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Tampi-Tampi di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan membabitkan pelanggan mahu pun pekerja resort terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Madzlan Sarman berkata, seramai 14 anggota termasuk enam anggota dari BBP Air Semporna dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh sembilan kilometer.

"Menurut laporan, kejadian melibatkan sebahagian bangunan resort jenis tidak kekal iaitu restoran telah terbakar sebanyak 95 peratus.

"Ketika kejadian terdapat pekerja di resort berkenaan namun semuanya selamat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Restoran sebuah resort di Kampung Tampi-Tampi, musnah dalam kebakaran pada Jumaat
Restoran sebuah resort di Kampung Tampi-Tampi, musnah dalam kebakaran pada Jumaat

Beliau berkata, operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan bagi mengelak api merebak ke bahagian lain dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.25 petang manakala operasi ditamatkan jam 3.19 petang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: