Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India

Anggota polis dan bomba mengawal di salah sebuah sekolah Mayur Vihar selepas beberapa sekolah menerima ancaman bom di New Delhi pada Rabu - Foto: Agensi
Anggota polis dan bomba mengawal di salah sebuah sekolah Mayur Vihar selepas beberapa sekolah menerima ancaman bom di New Delhi pada Rabu - Foto: Agensi
A
A
A

NEW DELH - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.

Kira-kira 100 sekolah di New Delhi dan kawasan sekitar bandar raya itu menerima ancaman bom menerusi e-mel.

Kebanyakan sekolah menghubungi polis selepas menerima e-mel berbaur ancaman itu.

"E-mel mengenai ancaman bom itu adalah palsu dan mereka diminta bertenang. Polis Delhi dan agensi keselamatan mengambil semua langkah yang perlu mengikut protokol,” kata Kementerian Dalam Negeri India.

Ibu bapa yang bimbang berkumpul di luar sekolah untuk membawa anak-anak mereka pulang selepas mendapat mesej mengenai ancaman bom itu.

Beberapa sekolah dikosongkan selepas polis menjalankan pemeriksaan di bangunan itu.

Polis Delhi mendapati "tiada apa-apa yang tidak diingini ditemui setakat ini” selepas melakukan pemeriksaan menyeluruh, kata pegawai kanan polis Suman Nalwa kepada media tempatan.

"Nampaknya seseorang telah melakukan insiden itu untuk menimbulkan panik," katanya, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Gabenor Delhi, Leftenan Vinai Kumar Saxena berkata polis telah mengesan sumber e-mel itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!