CEO, CFO United tinggalkan Old Trafford hujung musim

Stewart (kiri) dan Baty akan meninggalkan Manchester United penghujung musim ini. Foto Agensi
Stewart (kiri) dan Baty akan meninggalkan Manchester United penghujung musim ini. Foto Agensi
A
A
A

MANCHESTER United mengumumkan ketua pegawai eksekutif (CEO) sementara kelab itu Patrick Stewart dan ketua pegawai kewangan (CFO) Cliff Baty akan berundur daripada jawatan masing-masing pada akhir musim ini.

Jean-Claude Blanc, ketua eksekutif INEOS Sport, akan mengisi sementara posisi Stewart menjelang ketibaan Omar Berrada yang dilantik Januari lalu dari Manchester City pada Julai depan.

Sementara bekas ketua pegawai kewangan INEOS, Roger Bell akan mengambil alih posisi Baty di Old Trafford, kata kelab tersebut.

Stewart, yang telah bersama United sejak 2006, menggantikan sementara Richard Arnold pada awal tahun.

Baty pula dilantik sebagai ketua pegawai kewangan pada Mac 2016 telah menjadi ahli lembaga pengarah United sejak Disember 2017.

Dalam pada itu, pengerusi bersama eksekutif United, Joel Glazer berkata: “Saya ingin ucap terima kasih kepada Patrick dan Cliff atas khidmat berdedikasi kepada Manchester United dan doakan kesejahteraan mereka untuk masa depan.

“Kedua-duanya telah menjadi sumber nasihat dan kepakaran yang tidak ternilai selama bertahun-tahun dan Patrick telah memainkan peranan penting sebagai ketua pegawai eksekutif sementara semasa fasa peralihan ini.”

Manchester United kini mempunyai dana untuk berbelanja pada jendela perpindahan, namun masih perlu lebih berwaspada dengan garis panduan ditetapkan Fair Play Kewangan (FFP).

Artikel Berkaitan:

Info:

Manchester United tidak pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris sejak bekas pengendali, Alex Ferguson, bersara pada tahun 2013 dan kali terakhir menjuarai Liga Juara-Juara pada tahun 2008