Mbappe sertai Real hujung musim ini

Mbappe (kanan) dilaporkan akan mengumumkan prakontrak dengan Real minggu depan. Foto AFP
Mbappe (kanan) dilaporkan akan mengumumkan prakontrak dengan Real minggu depan. Foto AFP
A
A
A

KAPTEN Perancis, Kylian Mbappe akan menyertai gergasi LaLiga, Real Madrid apabila kontraknya bersama Paris St Germain tamat pada penghujung musim, lapor Le Parisien dan ESPN pada Ahad.

Tahun lalu, Mbappe berkata, dia tidak akan memperbaharui kontraknya di kelab Ligue 1 itu apabila tamat pada penghujung kempen 2023-24, membolehkan dia berpindah ke kelab lain secara percuma.

Akhbar Perancis Le Parisien dan ESPN, memetik sumber berkata, penyerang berusia 25 tahun itu akan mengumumkan perjanjian prakontrak dengan juara Eropah 14 kali itu minggu depan.

Laporan media September lalu berkata Mbappe telah bersetuju untuk melepaskan bonus kesetiaan bernilai sehingga €100 juta (RM509.8 juta) untuk meninggalkan PSG sebagai ejen bebas.

Mbappe banyak dikaitkan dengan perpindahan ke Real pada 2022 tetapi mengumumkan lanjutan kontrak dengan PSG hanya beberapa minggu sebelum jendela perpindahan dibuka.

Artikel Berkaitan: