Dunia harap gencatan senjata

Seorang penunjuk perasaan termuda mengibarkan bendera Palestin semasa 'Perarakan Kanak-Kanak Demi Palestin' di Los Angeles, California. - AFP
Seorang penunjuk perasaan termuda mengibarkan bendera Palestin semasa 'Perarakan Kanak-Kanak Demi Palestin' di Los Angeles, California. - AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Seluruh dunia bergantung harap perjanjian senjata dan pembebasan tebuan dalam konflik Hamas-Israel sejak tujuh bulan lalu menjadi kenyataan.

Diplomat tertinggi Washington berkata, beliau berharap Hamas akan menerima tawaran itu sementara rakan sejawatannya dari Britain juga mahu menyaksikan pembebasan ribuan tahanan Palestin.

Selepas bertemu di Kaherah, delegasi Hamas meninggalkan Mesir dan kembali ke Qatar bagi membincangkan idea dan cadangan serta berjanji akan 'bertindak balas' dengan pantas dalam rundingan gencatan senjata itu.

Menurut sumber Mesir yang dipetik Al-Qahera News, delegasi Hamas akan 'kembali dengan jawapan bertulis mengenai cadangan gencatan senjata'.

Selama berbulan-bulan, negara pengantara Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat (AS) cuba menjadi 'orang tengah' gencatan senjata dengan Hamas.

Gencatan selama seminggu pada 7 Oktober lalu menyaksikan 80 tebusan Israel ditukar dengan 240 penduduk Palestin yang ditahan di penjara rejim Zionis itu.

Perbincangan sejak beberapa hari lalu itu pula mencadangkan dorongan baharu untuk menghentikan pertempuran.

Peperangan itu juga membawa rakyat Gaza ke ambang kebuluran, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan bantuan kemanusiaan berkata, tindakan mengurangkan sebahagian besar wilayah itu menimbulkan kebimbangan konflik serantau yang lebih luas.

Artikel Berkaitan:

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken ketika mesyuarat khas Forum Ekonomi Dunia di Riyadh mendakwa cadangan yang diberikan Israel adalah 'luar biasa, luar biasa pemurah'.

Beliau juga menggesa Hamas 'membuat keputusan dengan cepat'.

Sementara itu, Hamas sedang mengkaji tawaran Israel untuk gencatan senjata selama 40 hari sebagai pertukaran untuk membebaskan puluhan tebusan yang ditahannya pada 7 Oktober lalu. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!