MB Perlis lapan jam direkod keterangan

Azam
Azam
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah lapan jam direkod keterangan pada Selasa.

Menurut sumber, Mohd Shukri ditahan jam 11 pagi ketika beliau hadir untuk dirakam percakapan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Bagaimanapun, setelah lapan jam, beliau kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Penahanan Mohd Shukri sebelum itu dilakukan bagi siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Siasatan dijalankan berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: