AMK desak MB Perlis letak jawatan

Laporan Sinar Harian. Azzin Izzad (kanan).
Laporan Sinar Harian. Azzin Izzad (kanan).
A
A
A

KANGAR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis menggesa Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli meletakkan jawatan serta-merta susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anaknya dalam kes tuntutan palsu RM600,000.

Ketuanya, Azzin Izzad Bahanuddin berkata, kes terbabit tidak pernah berlaku sepanjang 181 tahun terbentuknya negeri Perlis.

Beliau berkata, AMK Perlis menggesa barisan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) Perlis terutamanya Menteri Besar Perlis bermuhasabah dan bertanggungjawab terhadap isu ini.

“Maka, kami menuntut Menteri Besar Perlis agar meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta,” katanya.

Azzin Izzad berkata, AMK Perlis berasa amat terkejut, kecewa dan terkilan atas insiden penahanan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Perlis.

Pada Selasa, SPRM mengambil keterangan Mohd Shukri bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa.

Sebelum ini, Mohd Shukri memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bahawa beliau terbuka dengan siasatan dan meminta SPRM menghukum anaknya, jika didapati bersalah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: