SPRM sahkan rekod keterangan MB Perlis

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan merekod keterangan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli pada Selasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menerusi laporan media tempatan mengesahkan perkara berkenaan.

Mohd Shukri difahamkan hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini pada jam 9.50 pagi untuk memberi keterangan kepada agensi berkenaan.

Pada Selasa, portal tempatan melaporkan Menteri Besar Perlis itu ditahan SPRM selepas diambil keterangan.

Bagaimanapun, dakwaan terbabit dinafikan menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun rasmi milik Mohd Shukri.

Hantaran itu menjelaskan Mohd Shukri tidak tidak direman sebaliknya dibenarkan pulang selepas selesai memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: