MHO gesa kes penipuan pelaburan disiasat ikut salah laku jenayah

214 mangsa hadir pada sidang media berkaitan dengan perkembangan semasa penipuan dan pemerdayaan skim pelaburan yang ditawarkan oleh sebuah syarikat.
214 mangsa hadir pada sidang media berkaitan dengan perkembangan semasa penipuan dan pemerdayaan skim pelaburan yang ditawarkan oleh sebuah syarikat.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji semula laporan 214 mangsa penipuan pelaburan agar ia disiasat mengikut salah laku jenayah.

Setiausaha Kerjanya, Izzat Izzuddin Idris berkata, ia susulan laporan kes mereka telah melepas tanpa membebaskan (DNAA) dengan alasan pengadu telah menarik semula laporan.

"Mangsa telah membuat laporan polis dan penyataan tambahan berkenaan dengan permasalahan yang dihadapi. Kertas siasatan sudah pun dibuka dan disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Mereka ingin meluahkan rasa kecewa terhadap makluman status semasa siasatan yang berkaitan dengan kes pelaburan yang melibatkan sebuah syarikat.

"Ini tidak adil kepada sesetengah pengadu seandainya laporan dan aduan telah diklasifikasikan sebagai DNAA dengan alasan laporan yang dirujuk tersebut diklasifikasikan DNAA oleh pihak mahkamah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Penyerahan surat aduan mengenai kes penipuan dan pemerdayaan skim pelaburan kepada wakil Peguam Negara.
Penyerahan surat aduan mengenai kes penipuan dan pemerdayaan skim pelaburan kepada wakil Peguam Negara.

Menurutnya, kebanyakan mangsa merupakan warga emas menanggung anggaran kerugian berjumlah RM31,390,114.13

Konsep pelaburan yang ditawarkan dengan perjanjian satu pemulangan dividen yang lumayan serta manfaat-manfaat lain yang disajikan kepada mangsa oleh syarikat terbabit juga adalah tidak benar dan wujud.

Artikel Berkaitan:

Jelas Izzat Izzuddin, mangsa berharap dan memohon pertimbangan daripada pihak Jabatan Peguam Negara supaya dapat dilakukan pertuduhan secara berasingan.

"Mangsa meminta laporan yang telah mereka adukan itu dapat dilakukan pertuduhan secara individu dengan tidak merujuk kepada laporan polis atau kertas siasatan yang lain.

"Ini kerana akan menyebabkan satu ketidakadilan yang melampau kepada mereka seandainya kes ini diklasifikasikan DNAA adalah disebabkan tertuduh telah menyelesaikan perkara ini diluar mahkamah bersama dengan pengadu laporan polis atau kertas siasatan yang telah dituduh tersebut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!