Lelaki Orang Asli maut terkena peluru sesat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

LIPIS - Seorang lelaki Orang Asli maut selepas dipercayai terkena tembakan peluru sesat di hutan Kampung Tekal dekat Sungai Koyan di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, mangsa berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Sungai Koyan.

Menurutnya, kira-kira jam 11 pagi, seorang lelaki telah datang ke Balai Polis Sungai Koyan dengan memandu kenderaan bersama mangsa memaklumkan satu kes kematian akibat tembakan peluru sesat.

"Kira-kira jam 12.30 tengah hari, pegawai perubatan dari klinik terbabit mengesahkan kematian mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut.

"Susulan kejadian ini, seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," kata beliau dalam kenyataan pada Isnin.

Ujarnya, siasatan lanjut kes itu masih diteruskan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: