14 terbunuh bas terbalik di Mexico

Bas itu membawa penumpang dari San Luis de la Paz, negeri Guanajuato. Foto AFP
Bas itu membawa penumpang dari San Luis de la Paz, negeri Guanajuato. Foto AFP
A
A
A

BANDARAYA MEXICO - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 31 cedera apabila sebuah bas terbalik di Malinalco, sebuah negeri di tengah Mexico, kata sekretariat keselamatan tempatan pada Ahad.

Kemalangan itu berlaku pada pagi Ahad di lebuh raya Capulin-Chalma, menurut sekretariat keselamatan itu dalam kenyataan.

"Bas itu membawa penumpang dari San Luis de la Paz, negeri Guanajuato," menurut kenyataan itu.

Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 31 cedera apabila sebuah bas terbalik di Malinalco, sebuah negeri di tengah Mexico. Foto AFP
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 31 cedera apabila sebuah bas terbalik di Malinalco, sebuah negeri di tengah Mexico. Foto AFP

Unit perubatan dikerahkan ke tempat kejadian untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: