'Jangan percaya dia, Pas dah mula turun kempen' - Radzi Jidin

Radzi ketika hadir ceramah kelompok di Batang Kali, di sini pada malam Ahad.
Radzi ketika hadir ceramah kelompok di Batang Kali, di sini pada malam Ahad.
A
A
A

HULU SELANGOR - Semua pihak diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan andaian buruk terhadap kerjasama Pas dalam kempen calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin menegaskan, parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu kini sedang giat memperkukuhkan jentera dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut.

"Jangan percaya dia. (Jentera) Pas dah mula turun (kempen).

"Insya-ALLAH mereka (Pas) bekerja keras untuk pastikan kemenangan PN di Kuala Kubu Baharu," katanya ketika ditemui selepas program ceramah kelompok di Batang Kali, malam Ahad.

Radzi ketika hadir ceramah kelompok di Batang Kali, di sini pada malam Ahad.
Radzi ketika hadir ceramah kelompok di Batang Kali, di sini pada malam Ahad.

Sebelum ini media melaporkan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil membangkitkan persoalan mengenai keberadaan pemimpin utama Pas di Perlis pada hari penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu, Sabtu lalu.

Rentetan itu, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menjelaskan, ketiadaan pemimpin parti pada hari berkenaan disebabkan Pas mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas 2024 di Perlis.

Malah tegasnya, keputusan mengadakan acara tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sebelum Ramadan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu ketika ditanya mengenai dakwaan PN hanya memberi tumpuan di kawasan Melayu, Radzi menjelaskan, gerak kerja gabungan itu meliputi semua kawasan sebagai usaha meraih lebih banyak undi kaun lain.

"Dalam konteks pilihan raya, tidak kira kaum, siapa yang keluar (mengundi) maknanya itulah yang kita inginkan supaya undi PN.

"Namun data menunjukkan pengundi Melayu bersama kita. Oleh itu kita akan maksimumkan (bilangan) mereka dengan menambah undi selain memastikan semua pengundi tidak kira bangsa, kaum bersama kita," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!