Tiga maut, enam cedera tanah runtuh di Sulawesi Selatan

Tiga maut manakala enam lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di Toraja Utara, Sulawesi Selatan, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia.Gambar hiasan
Tiga maut manakala enam lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di Toraja Utara, Sulawesi Selatan, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia.Gambar hiasan
A
A
A

JAKARTA - Tiga maut manakala enam lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di Toraja Utara, Sulawesi Selatan, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia.

Jurucakapnya, Abdul Muhairi berkata, kejadian tanah runtuh itu berlaku dua kali di Kampung Tallang Sura, Daerah Kecil Buntao, pagi Jumaat lepas berikutan hujan lebat dan keadaan tanah yang tidak stabil.

Insiden itu mengakibatkan kerosakan teruk kepada sebuah rumah, menjejaskan yang lain dan laluan jalan raya terputus sementara enam keluarga dipindahkan.

"Pasukan penyelamat tempatan menangguhkan pencarian pada Sabtu. Jalan berjaya dibuka semula untuk kenderaan dua dan empat roda,” kata Abdul Muhairi dalam satu kenyataan.

Beliau menasihatkan penduduk di Daerah Kecil Buntao supaya sentiasa berwaspada kerana keretakan besar telah dikesan di bahagian atas kawasan tanah runtuh,memberi isyarat potensi berlakunya lagi tanah runtuh.

Abdul Muhairi menggesa penduduk di kawasan cerun yang curam di Sulawesi Utara dan Selatan supaya segera berpindah jika hujan lebat berterusan lebih dari sejam.

Pada 13 April, sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam insiden sama yang berlaku di dua kampung dalam Daerah Kecil Makale, Daerah Tanah Toraja, Sulawesi Selatan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: