Audio konspirasi: Pegawai penyiasat rekod keterangan Latheefa

Pegawai penyiasat D5 tiba di pekarangan Ibu Pejabat SPRM.
Pegawai penyiasat D5 tiba di pekarangan Ibu Pejabat SPRM.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sepasukan pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman tiba di pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi merekodkan keterangan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya bagi membantu siasatan berhubung rakaman audio konspirasi dipercayai milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya, Rosmah Mansor dan lima yang lain.

Pasukan polis yang terdiri daripada 10 pegawai penyiasat itu tiba pada jam 2.20 petang menaiki tiga Proton Preve.

Pada 8 Januari lalu, Latheefa dalam sidang medianya mendedahkan sembilan rakaman audio konspirasi jenayah tertinggi melibatkan rakaman perbualan telefon termasuk bekas Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan beberapa individu lain.

Perbualan itu berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.

ARTIKEL BERKAITAN Bukit Aman teliti laporan komplot jenayah terhadap Latheefa

Komplot cemar reputasi, SPRM buat laporan polis

Artikel Berkaitan: