Ronaldo rangkul Anugerah Maradona

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

KAPTEN Al-Nassr, dan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo bakal dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Maradona untuk Penjaring Gol Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Dubai Globe yang akan diadakan pada 19 Januari ini.

Ronaldo merangkul anugerah itu mengatasi pesaing Kylian Mbappe, Harry Kane dan Erling Haaland sekali gus menambah pencapaian terhebat dalam senarai kejayaan individunya.

Anugerah terbaharu Ronaldo itu memastikan dia terus berada pada tahap terbaik selepas menjaringkan 34 gol dalam perlawanan liga untuk memastikan cabaran kejuaraan Liga Pro Saudi untuk pasukannya, Al-Nassr.

Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dengan 873 gol itu turut bersaing untuk mendapatkan Pemain Lelaki Terbaik, Pemain Timur Tengah Terbaik dan Pemain Kegemaran Peminat dalam anugerah tersebut.

Pusingan kedua dan terakhir pengundian merentasi 11 kategori utama Anugerah Bola Sepak Dubai Globe dan enam kategori digital, termasuk anugerah Serie A sulung, menyaksikan lebih 50 juta undian diberikan oleh peminat bola sepak di seluruh dunia.

Jumlah undian kini telah melebihi 70 juta sepanjang keseluruhan proses dan ia adalah dua kali ganda daripada jumlah pada 2022.

Juri Globe Soccer terdiri daripada lebih 30 tokoh industri bola sepak utama, termasuk Francesco Totti, Iker Casillas, Luis Figo dan Marcello Lippi.

Artikel Berkaitan: