Bantuan RM3,000, kaunseling untuk keluarga mangsa nahas helikopter

Nancy ketika ditemui pemberita selepas majlis tahlil mangsa tragedi helikopter di sini pada Selasa.
Nancy ketika ditemui pemberita selepas majlis tahlil mangsa tragedi helikopter di sini pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bantuan sejumlah RM3,000 disalurkan kepada waris mangsa tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut pada Selasa.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sumbangan itu disalurkan menerusi Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa (PEKA YKN) dalam masa terdekat.

"Saya akan ke Sarawak untuk serahkan kepada keluarga Laskar Kanan Joanna Felicia anak Rohna manakala Timbalan Menteri, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad akan menyerahkan kepada sembilan lagi keluarga di Perak dan Sabah," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis tahlil mangsa tragedi helikopter di sini pada Khamis.

Ujarnya, kementerian menerusi Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyantuni keluarga mangsa dengan pendekatan bimbingan kaunseling.

"Kementerian sentiasa komited membantu mereka yang memerlukan termasuk waris keluarga mangsa yang kini mungkin hilang tempat untuk bergantung bagi meneruskan kehidupan," jelasnya.

Terdahulu, Nancy menyertai 200 pegawai dan kakitangan kementerian pada majlis tahlil yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam KPWKM, Muhammad Zaid Jumali.

Turut serta, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: