Polis ugut polis ketika ditahan

Mohd Shuhaily
Mohd Shuhaily
A
A
A

SHAH ALAM - Padah melakukan ugutan ketika ditahan akibat kes dadah, seorang lelaki diberkas dipercayai mengugut dua anggota polis lain di sebuah balai polis dekat Subang Jaya pada Isnin.

Suspek yang juga anggota polis yang bertugas di Shah Alam sebelum itu ditahan berkaitan kes jenayah sebelum dibawa ke balai polis berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Tiada sesiapa termasuk anggota polis boleh melebihi undang-undang yang ditetapkan, siasatan kes masih dijalankan sehingga kini," katanya.

Beliau berkaitan demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.

Pada Isnin, suspek dipercayai melakukan ugutan jenayah terhadap dua anggota polis di Subang Jaya kira-kira jam 5.50 pagi.

Suspek sebelum ini ditahan akibat kes Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: