Jokowi, Gibran bukan lagi ahli PDIP

Jokowi (kiri) dan Gibran Rakabuming Raka
Jokowi (kiri) dan Gibran Rakabuming Raka
A
A
A

JAKARTA - Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu.

Ia selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto, menurut seorang pegawai parti pada Selasa.

Penyingkiran mereka akan memberikan tumpuan kepada langkah seterusnya terhadap sokongannya kepada Menteri Pertahanan, Prabowo yang dikatakan sebagai langkah untuk mengekalkan pengaruh politik dan legasinya selepas sedekad menerajui kepimpinan.

Menurut Ketua Bahagian Etika Parti Demokratik Perjuangan (PDIP), Komarudin Watubun, Jokowi dan Gibran tidak dipecat tetapi tidak lagi menjadi ahli apabila mereka memutuskan untuk tidak menyokong calon Presiden PDIP, Ganjar Pranowo.

Probowo sebelum ini menang dengan majoriti besar dalam pilihan raya yang berlangsung pada 14 Februari lalu dengan 58 berbanding Ganjar yang hanya mendapat 16 peratus. - Reuters

Artikel Berkaitan: