Pilpres 2024: Janji calon presiden Indonesia

Calon presiden Indonesia, Anies Baswedan (kanan), Prabowo Subianto (tengah) and Ganjar Pranowo (kiri). AFP
Calon presiden Indonesia, Anies Baswedan (kanan), Prabowo Subianto (tengah) and Ganjar Pranowo (kiri). AFP
A
A
A

JAKARTA - Calon-calon presiden Indonesia berjanji untuk mengukuhkan agensi antirasuah negara itu yang dilihat semakin 'suram' susulan penahanan ketuanya pada November lalu.

Mereka membentangkan rancangan masing-masing menjelang Pilihan Raya Umum pada 14 Februari, dalam usaha menangani amalan rasuah yang berleluasa di negara itu.

Janji-janji tersebut dibuat di satu sesi dialog pada Rabu, ketika pakar mengadu tentang tindakan lembab negara itu terhadap rasuah serta Ketua Agensi Antirasuah Indonesia (KPK), Firli Bahuri, dinamakan sebagai suspek yang terlibat dalam kes rasuah pada November.

Anies Baswedan, bekas gabenor ibu kota Jakarta berkata, beliau akan mengembalikan perjuangan memerangi rasuah, dengan mengukuhkan KPK dan menyemak semula undang-undang mentadbir agensi tersebut.

“Kami mahu mengembalikan KPK sebagai institusi berwibawa dari segi perundangan dan ini bermakna menyemak semula undang-undang KPK,” katanya pada majlis siaran langsung KPK yang dihadiri pegawai tertingginya serta semua calon.

Undang-undang tersebut dipinda pada 2019 dan pakar berkata ia melemahkan KPK kerana mengekang kebebasannya untuk memasang alat pengintipan selain mengklasifikasikan penyiasat bebas sebagai kakitangan awam yang melaporkan diri kepada pemerintah.

Semakan tersebut yang dilakukan di bawah Presiden Joko Widodo, mencetuskan bantahan besar-besaran ketika itu.

Menteri Pertahanan Prabowo Subianto, pula berkata beliau akan mengambil pendekatan realistik untuk mencegah kes rasuah, dengan meningkatkan gaji pegawai negara yang dipertangunggjawabkan dengan belanjawan yang besar.

Artikel Berkaitan:

Beliau mengambil contoh hakim dan pegawai di kementeriannya sendiri, yang bertanggungjawab atas pembelian aset ketenteraan.

"Saya sudah membuat perkiraan dengan pasukan pakar saya. Kami mempunyai keupayaan, kami tidak miskin," tambahnya, tanpa menjelaskan pelan belanjawan untuk menaikkan gaji.

Ganjar Pranowo, bekas gabenor Jawa Tengah dan calon dari parti Presiden Jokowi, berjanji untuk mengembalikan kebebasan KPK, menggesa agensi-agensi pemerintah diaudit dan memastikan aset dirampas daripada mereka yang terlibat rasuah.

Sepanjang pemerintahan Presiden Jokowi selama hampir sedekad, enam menterinya sudah didakwa atau dipenjara atas kesalahan rasuah. - Agensi