Bagus laksana tetapi sediakan tempat solat - Gapema

Penjaja pasar malam di Kedah diarah untuk memberhentikan operasi perniagaan seketika bagi menghormati waktu solat Maghrib bermula 1 Mei ini. Gambar hiasan. Foto 123RF
Penjaja pasar malam di Kedah diarah untuk memberhentikan operasi perniagaan seketika bagi menghormati waktu solat Maghrib bermula 1 Mei ini. Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

ALOR SETAR - Arahan pemberhentian operasi perniagaan seketika bagi menghormati waktu solat Maghrib bermula 1 Mei ini disambut baik Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia (Gapema) negeri Kedah.

Yang Dipertuanya, Baharudin PM Mohamed Ali berkata, ia tuntutan yang cukup baik kerana merupakan arahan Islam yang sebenarnya.

Walau bagaimanapun katanya, operator atau penganjur perlulah menyediakan kemudahan selengkapnya termasuk tempat solat.

"Pada pandangan saya ia cukup baik untuk dilaksanakan, cuma kita mohon pihak operator sediakan kemudahan tempat solat, tempat mengambil wuduk dan tandas walaupun tandas bergerak.

"Dengan cara ini barulah pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan kepada penjaja-penjaja yang ingkar," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria berkata, semua penjaja pasar malam di negeri ini diarah untuk memberhentikan operasi perniagaan seketika bagi menghormati waktu solat Maghrib bermula 1 Mei ini.

Katanya, tempoh itu bermula lima minit sebelum dan 10 minit selepas waktu solat Maghrib.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang telah bersidang pada 21 Februari 2024 bersetuju untuk memberhentikan operasi perniagaan semasa waktu Maghrib.

Artikel Berkaitan:

"Berdasarkan keputusan itu, PBT memberi notis kepada semua penjaja pasar malam untuk mematuhi arahan tersebut bermula 1 Mei depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!