Pantai Desaru laluan panas penyeludupan pendatang asing

PATI yang ditahan menerusi operasi yang dijalankan Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) berhampiran Kompleks Rakan Muda, Desaru semalam.
PATI yang ditahan menerusi operasi yang dijalankan Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) berhampiran Kompleks Rakan Muda, Desaru semalam.
A
A
A

KOTA TINGGI- Kawasan pesisir Pantai Desaru kini pilihan kepada aktiviti penyeludupan imigran di mana pada tahun lepas sebanyak empat operasi dijalankan dan hasilnya seramai 117 migran ditahan.

Terbaharu, seramai 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 10 wanita ditahan dalam operasi yang dijalankan Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) berhampiran Kompleks Rakan Muda, Desaru semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata kesemua pati yang berusia 20 hingga 45 tahun itu ditahan ketika menggunakan laluan 'tikus' untuk keluar dan masuk ke negara ini.

Mohd Zulfadli (kiri) pada sidang media di Pejabat ZMTS hari ini
Mohd Zulfadli (kiri) pada sidang media di Pejabat ZMTS hari ini

"Penahanan pertama dibuat pada jam 12.05 malam membabitkan 17 pati yang baru tiba di pesisir pantai.

“Manakala tangkapan kedua pula membabitkan seramai 16 Pati yang ditahan dalam belukar pada jam 12.45 malam,” katanya di Pejabat ZMTS, di sini hari ini.

Kesemua Pati tersebut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2010.

Artikel Berkaitan: