Lain macam kuasa gosip dan media sosial

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

SEDANG asyik Merak Jalanan menghirup teh tarik ais di warung tepi sawah semalam, tiba-tiba terdengar pula gosip dari meja sebelah.

Kuat juga dua sahabat sebelah meja itu bersembang sampai telinga Merak Jalanan boleh dengar setiap satu butir ayat mereka.

Terpaksalah dengar juga pengisian gosip itu, takkan hendak pindah meja nanti tidak manis dipandang orang pula!

Al-kisahnya, ada dua pempengaruh media sosial yang Merak Jalanan panggil sebagai A dan B ini bersahabat baik. Hendak dijadikan cerita, si A memperkenalkan teman lelakinya dengan si B.

Pejam celik, tiba-tiba si A dimaklumkan bahawa teman lelakinya itu telah berlaku curang apabila cinta sudah beralih arah kepada si B. Kecohlah di media sosial mengenai perilaku dan respons balas A dan B. Masing-masing hendak menang.

Menariknya, kedua-dua mereka ada followers yang sangat setia. Maka berperanglah mereka termasuk para pengikut masing-masing.

Merak Jalanan pun terfikir macam mana pula dengan si teman lelaki itu? Selamatkah dia? Apa kesudahan dia?

Inilah kuasa netizen dan gosip, sebabnya berjaya membuatkan Merak Jalanan mencari tahu mengenai ketiga-tiga individu itu di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Rasa menyesal pula apabila sudah mengetahui siapa mereka. Mana tidaknya, bukan zaman Merak Jalanan pun dan mereka ini sungguh muda selain jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuh.

Tetapi kuat sungguh penangan cerita gosip dari media sosial ini sehingga mampu membuatkan Merak Jalanan cuba cari tahu kisah berkenaan.

Setakat kalah dalam perebutan cinta monyet ini, lebih baik cari tahu cara atau kaedah untuk memajukan diri dalam kehidupan yang penuh cabaran.

Nasihat Merak Jalanan kepada adik-adik yang baru nak up ini, teruskanlah berjalan, yang sudah berlalu jadikan sebagai kenangan dan berdiri di atas kaki sendiri!