TMJ jemput Figo ke JB, bincang pembangunan bola sepak negara

Tunku Ismail (kiri) mengadakan perbincangan dengan Figo di Sepanyol. Foto JDT
Tunku Ismail (kiri) mengadakan perbincangan dengan Figo di Sepanyol. Foto JDT
A
A
A

PEMILIK kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.

JDT dalam satu kenyataan di laman sosial mereka berkata, perjumpaan itu bagi membincangkan beberapa perkara mengenai pembangunan bola sepak dengan Figo yang kini merupakan penasihat bola sepak dan duta badan induk bola sepak Eropah, UEFA.

"DYAM Pemangku Sultan Johor dan Figo turut membincangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan dan pembangunan bola sepak.

"Baginda juga menjemput Figo ke Johor Bahru untuk berbincang dengan lebih lanjut bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada bola sepak di Johor dan Malaysia," kata kenyataan itu.

Ketika ini, JDT sedang mengharungi siri jejalah pramusim di Sepanyol dan menentang beberapa pasukan di negara itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: