Lelaki hilang terjatuh sungai ditemui meninggal dunia

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang, Kampung Pangsun pada Ahad ditemui meninggal dunia pada Isnin.
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang, Kampung Pangsun pada Ahad ditemui meninggal dunia pada Isnin.
A
A
A

HULU LANGAT - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang, Kampung Pangsun dekat sini pada Ahad ditemui meninggal dunia pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa berusia 36 tahun itu ditemui pada jarak kira-kira empat kilometer dari lokasi dia terjatuh pada jam 1 petang.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum itu, Ahmad Mukhlis memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden terbabit pada jam 8.11 malam Ahad.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pagi Isnin dengan bantuan malim gunung, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Renjer Hutan dan Jabatan Perhutanan Selangor.

Sebanyak dua pasukan terlibat dalam SAR terbabit, di mana pasukan pertama melakukan pencarian bermula dari Kem Lolo sehingga 'campsite 1' ( mengikut aliran sungai) manakala pasukan kedua pula melaksanakan pencarian bermula dari empangan lama ( mengikut aliran sungai sehingga 'campsite 1').

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!