Lelaki hilang selepas jatuh sungai

Antara individu yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang, Kampung Pangsun, di Hulu Langat, pada Ahad.
Antara individu yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang, Kampung Pangsun, di Hulu Langat, pada Ahad.
A
A
A

HULU LANGAT - Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang, Kampung Pangsun, di sini, pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 8.11 malam.

"Seramai tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn serta sembilan ahli Pasukan Multi Skill (MUST) bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 36 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi mangsa berusia 36 tahun dilaporkan telah terjatuh ke dalam sungai, gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

"SAR pada hari kedua pula bermula jam 10.15 pagi tadi (Isnin) turut melibatkan malim gunung, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Renjer Hutan dan Jabatan Perhutanan Selangor," katanya.

Beliau berkata, sebanyak dua pasukan terlibat dalam SAR itu, di mana pasukan pertama melakukan pencarian bermula dari Kem Lolo sehingga 'campsite 1' ( mengikut aliran sungai).

"Manakala pasukan kedua melaksanakan pencarian bermula dari empangan lama ( mengikut aliran sungai sehingga 'campsite 1').

"Seterusnya kedua-dua pasukan itu akan bergabung membuat carian sehingga ke air terjun Bomoh Ali, jarak pencarian meliputi tujuh kilometer," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!