Peluang penyokong Sang Kenari kongsi pandangan

KDA FC berharap sesi dialog dan beramah mesra ini akan menjadi medan untuk terus menjalinkan ikatan perhubungan yang lebih rapat antara kelab dan penyokong Sang Kenari. - Foto: KDA FC
KDA FC berharap sesi dialog dan beramah mesra ini akan menjadi medan untuk terus menjalinkan ikatan perhubungan yang lebih rapat antara kelab dan penyokong Sang Kenari. - Foto: KDA FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC akan mengadakan sesi perjumpaan secara bersemuka bersama penyokong kelab tersebut sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) membuka tirainya pada 10 Mei nanti.

Sang Kenari yang mempunyai lebih 20 kelab penyokong itu berpeluang untuk berkongsi pandangan dan luahan pada perjumpaan 5 Mei ini yang turut dihadiri pemilik majoritinya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.

Media KDA FC dalam satu kenyataan berkata, sesi ramah mesra dan dialog tersebut bertujuan memberi penjelasan hala tuju kelab pada musim baharu selain bertukar pandangan dengan penyokong dalam mengukuhkan lagi kedudukan kelab sebagai antara pasukan besar di negara ini.

“KDA FC dengan rendah diri ingin menjemput semua kelab penyokong untuk menghadiri sesi berkenaan pada jam 5 petang.

“Bagi memberi laluan kepada semua, perjumpaan ini hanya dihadkan kepada tiga wakil kelab penyokong dalam sesi perjumpaan yang akan diaturkan ini pada tempat yang akan diumumkan nanti,” katanya.

Menurut kelab itu, pihak pengurusan berharap sesi dialog dan beramah mesra ini akan menjadi medan untuk terus menjalinkan ikatan perhubungan yang lebih rapat antara kelab dan penyokong Sang Kenari.

“Semoga sesi yang dirancang memberi hasil positif bagi menyuntik kelangsungan kelab dari segi sokongan dan aspirasi legasi bola sepak Kedah,” ujar KDA FC lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!