Lelaki warga emas hilang selepas keluar menjaring ikan

Anggota bomba dari BBP Bukit Angin Temerloh melakukan pencarian mangsa pada malam Ahad.
Anggota bomba dari BBP Bukit Angin Temerloh melakukan pencarian mangsa pada malam Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar menjaring ikan di Kampung Belenggu, Temerloh pada Ahad.

Kehilangan mangsa disedari keluarga selepas dia tidak pulang ke rumah pada hari berkenaan.

Operasi pencarian segera digerakkan selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada malam Ahad.
Operasi pencarian segera digerakkan selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada malam Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kehilangan mangsa dilaporkan jam 10.58 malam sebelum operasi mencari mangsa digerakkan.

Menurutnya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin terlibat dalam operasi pencarian tersebut.

"Pihak bomba cuba melakukan pencarian di lokasi terakhir mangsa berada namun gagal ke kawasan tersebut ekoran laluan telah dinaiki air.

"Operasi pencarian ditangguhkan dan disambung semula pagi ini (Isnin)," katanya.