[VIDEO] 'Saya masih menyayangi isteri saya' - Suspek kes tembak KLIA

A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] "Assalamualaikum...Saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md Isa, terima kasih," itu kata suspek yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Kota Bharu pada Isnin.

Pengakuan itu dibuat Hafizul Hawari, 38, semasa tiba di sini pada jam 8.35 pagi untuk sambungan tempoh tahanan reman.

Mahkamah Majistret melanjutkan tempoh reman terhadap Hafizul selama lima hari bermula Selasa hingga Sabtu ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Suspek tiba jam 8.35 pagi di Mahkamah Majistret 2 Kota Bharu pada Isnin.
Suspek tiba jam 8.35 pagi di Mahkamah Majistret 2 Kota Bharu pada Isnin.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pada 14 April lalu dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi, suspek telah melepaskan dua das tembakan di Balai Ketibaan KLIA dengan menyasarkan isterinya yang sedang menunggu jemaah umrah.

Bagaimanapun, satu das tersasar, manakala satu lagi das mengenai pengawal peribadi isteri suspek dan dilaporkan parah.

Suspek kemudian terus melarikan diri sebelum berjaya diberkas polis di Kota Bharu, Kelantan, pada 15 April.

Artikel Berkaitan:

Suspek kemudian telah direman tujuh hari sehingga 22 April.

Siasatan awal polis dipercayai kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dengan isterinya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!