Nelayan dikhuatiri lemas di Pantai Mek Mas

Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot di Pantai Mek Mas, Kampung Kedai Buloh di Kota Bharu pada Ahad.
Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot di Pantai Mek Mas, Kampung Kedai Buloh di Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot di Pantai Mek Mas, Kampung Kedai Buloh di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 6.50 petang itu mangsa yang hilang dikenali sebagai Mohd Nor Sharif Mat Nasir, 28.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Penolong Penguasa Bomba Kanan I Che Mazlan Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.15 malam dan seramai tujuh anggota termasuk pegawai telah ke lokasi.

"Setiba di lokasi pihak kami mendapati sebuah bot telah terdampar di tepi pantai bersama barangan milik mangsa," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa telah keluar seorang diri ke laut pada jam 2 petang.

Ujarnya, pada jam 6.50 petang, bot tersebut kemudian telah ditemukan di pesisir pantai.

Che Mazlan memberitahu, bagaimanapun mangsa tiada di dalam bot dan disyaki telah terjatuh ke dalam laut.

"Operasi pencarian masih dijalankan oleh nelayan di pantai dan pihak bomba membuat pencarian di pesisir pantai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28