Hasrat singgah rumah tunang tidak kesampaian

Ahmad Solihin Fazuni, maut selepas bertembung dengan treler di KM29,Jalan Benta-Jerantut pada Ahad. Foto Ihsan PDRM
Ahmad Solihin Fazuni, maut selepas bertembung dengan treler di KM29,Jalan Benta-Jerantut pada Ahad. Foto Ihsan PDRM
A
A
A

LIPIS - Hasrat seorang pemuda singgah ke rumah tunangnya tidak kesampaian selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan treler di Kilometer 9, Jalan Benta-Jerantut di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa, Ahmad Solihin Fazuni, 21, yang merupakan pelajar Kolej Universiti Antarabangsa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, mangsa dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu, Kelantan ke tempat kerja di Setapak.

Menurutnya, hasil siasatan awal, treler yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun dari Jengka, Maran menuju ke Gua Musang untuk menghantar muatan tandan sawit.

"Penunggang motosikal itu pula dalam perjalanan pulang dan menuju ke rumah tunangnya di Batu Balai, Jerantut untuk singgah makan.

"Apabila sampai di tempat kejadian, semasa melalui jalan berselekoh, motosikal tersebut telah bertembung dengan treler itu dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ujar beliau, akibat kemalangan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Jelasnya, kes masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

"Kita memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian itu untuk tampil bagi membantu siasatan,' tambahnya.

Mangsa difahamkan turut melakukan kerja sambilan sebagai pembuat kopi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!