Penunggang motosikal maut terperosok bawah treler

Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan treler.
Pix ihsan JBPM
Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan treler. Pix ihsan JBPM
A
A
A

LIPIS - Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah treler di Jalan Kuala Lipis-Jerantut dekat Kampung Kemahang di sini pada Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler selamat.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.49 tengah hari.

"Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis bersama dua jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

"Seorang penunggang motosikal berada di bawah treler tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, pihak bomba mengeluarkan mangsa dari bawah treler terbabit dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: