Tembakan di KLIA: Suami sudah sedar, tanya mengenai keluarga

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengawal peribadi yang ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, baru-baru ini sudah sedarkan diri sejak semalam.

Isterinya, Siti Noraida Hassan, 38, berkata, suaminya, Muhammmad Nur Hadith Zaini, 38, sudah sedarkan diri, namun masih lemah dan hanya berupaya bertutur dalam keadaan terhad.

Menurutnya, perkara pertama yang suami tanya sebaik pihak hospital membuka alat bantuan pernafasan pagi tadi (Ahad) mengenai keluarga dan anak-anak.

"Alhamdulillah, suami sudah sedar. Alat bantuan pernafasan juga telah dibuka dan dia boleh bercakap sikit-sikit.

"Buat masa ini, suami masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Sebelum ini, Muhammmad Nur Hadith ditidurkan selepas parah terkena tembakan ketika melindungi majikannya dalam insiden seorang lelaki disyaki cuba membunuh isteri di KLIA Ahad lalu.

Mangsa sebelum ini menjalani pembedahan usus di hospital sama susulan insiden yang menimpanya itu.

Suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu kemudian berjaya ditahan polis di Kota Bharu, Kelantan, 15 April lalu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!