MCA perlu terima keputusan calon PRK Kuala Kubu Baharu - Tajuddin

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
A
A
A

PASIR SALAK - MCA perlu bersikap terbuka menerima keputusan kepimpinan parti terhadap penentuan calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, bulan depan.

Bekas Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, keputusan MCA yang tidak mahu terlibat dalam kempen pilihan raya berkenaan boleh menyebabkan parti itu dikenakan tindakan.

"Kepimpinan Kerajaan Perpaduan mesti sudah buat kajian. Kalau DAP boleh menang, letaklah DAP dan kalau UMNO boleh menang, letak UMNO.

"Jika ada yang boikot boleh diambil tindakan terhadapnya. PRK ini bukan hendak jaga MCA atau DAP, sebaliknya hendak jaga kemenangan. Itulah strateginya.

"Betulkan pemikiran, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada matlamat untuk menang, bukan matlamat untuk membodek,," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Gajah di sini pada Ahad.

Tajuddin berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Gajah pada Ahad.
Tajuddin berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Gajah pada Ahad.

Media melaporkan Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA pada Jumaat memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu sekiranya calon dikemukakan bukan daripada BN.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong mewakili Pakatan Harapan (PH) pada 21 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pada 11 Mei sebagai tarikh pengundian, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!