Guru lelaki pukul rakan sekerja wanita di kantin sekolah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KEMAMAN - Polis sedang mengesan seorang guru lelaki yang didakwa memukul seorang guru wanita di kantin sebuah sekolah di daerah ini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 49 tahun itu dikatakan memukul mangsa berusia 32 tahun kira-kira jam 6.55 pagi tadi.

"Mangsa yang merupakan guru Bahasa Inggeris mendakwa telah ditumbuk pada bahagian mata dan disepak oleh suspek.

"Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan lebam pada mata sebelah kiri," katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.

Hanyan memberitahu, setakat ini punca kejadian ini masih dalam siasatan.

"Kita percaya terdapat perkara berbangkit antara kedua belah pihak menyebabkan berlakunya insiden tersebut.

"Kes ini masih dalam tindakan dan disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Mata cikgu wanita lebam ditumbuk guru lelaki #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Jenayah #Wanita #Guru #Tumbuk #Polis #Terengganu

Earned It (Fifty Shades Of Grey) - A Tribute to The Weeknd - Saxtribution