Polis Johor tahan 87 individu terlibat judi dalam talian

Polis melakukan pemeriksaan di premis yang disyaki menjalankan kegiatan undi dalam talian.
Polis melakukan pemeriksaan di premis yang disyaki menjalankan kegiatan undi dalam talian.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seramai 87 individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan judi dalam talian dan loteri awam tanpa lesen ditahan dalam serbuan di 87 premis di sekitar negeri ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, serbuan sempena Ops Dadu Khas yang dilancarkan serentak di seluruh Kontinjen Johor bermula Rabu hingga Sabtu itu menahan 69 lelaki dan 18 wanita berusia 18 hingga 64 tahun.

Menurutnya, operasi yang dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah ini menyasarkan premis yang terlibat dengan kegiatan tersebut di seluruh negeri.

"Dalam serbuan itu, polis juga merampas beberapa barangan seperti 26 unit pencetak pelbagai jenama, 86 unit telefon pelbagai jenama, 112 helai kertas catatan serta wang tunai berjumlah RM12,612.

“Selain melakukan serbuan, tindakan pemotongan bekalan elektrik dan pembatalan lesen perniagaan akan dilakukan bertujuan memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa polis Johor memberikan komitmen membanteras jenayah ini secara total,” katanya.

Tambah beliau, kesemua tangkapan akan dimohon reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Untuk rekod, bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 20 April 2024, sebanyak 811 serbuan Op Dadu telah berjaya dilakukan melibatkan 1,143 tangkapan termasuk rampasan wang tunai berjumlah RM297,457.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!