Kelantan catat pertambahan ahli baharu PKR kedua tertinggi

Saifuddin Nasution. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Saifuddin Nasution. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kelantan menjadi negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah pertambahan keanggotaan baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, negeri Pantai Timur itu mencatatkan pertambahan sebanyak 2,027 ahli, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan ahli seramai 60,356.

“Ada satu kelebihan dari segi nilai pertambahan (Kelantan) sepanjang dua minggu, tiga minggu terakhir.

“Lonjakan keanggotaan baharu Kelantan adalah antara yang tertinggi di negara kita iaitu pada kedudukan nombor dua selepas Selangor (5,770 ahli baharu),” katanya ketika berucap pada Konvensyen 25 Tahun PKR yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada Ahad.

Menurutnya, Selangor kekal menjadi negeri yang memiliki rekod keanggotaan tertinggi iaitu seramai 344,386 pada tahun 2024 berbanding 338,616 ahli tahun lalu.

Tambah Saifuddin, Sabah berada pada kedudukan kedua tertinggi dengan jumlah keanggotaan seramai 185,004 ahli.

“Sarawak berada pada kedudukan ketiga dengan jumlah keanggotaan seramai 86,315, diikuti Perak (83,688), Kedah (68,726), Pulau Pinang (66,700), Johor (65,160), Kelantan (60,356).

“Seterusnya, Negeri Sembilan (53,795), Wilayah (42,012), Pahang (35,746), Melaka (30,905), Terengganu (20,163) dan Perlis (10,256).

Artikel Berkaitan:

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan keanggotaan kongres PKR pada tahun ini seramai 1,153,212 berbanding 1,136,683 tahun lalu,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!