PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding

Dominic (tengah) memaklumkan Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
Dominic (tengah) memaklumkan Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.

Menerusi satu kenyataan, Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, bagaimanapun parti itu bersedia menerima sebarang kemungkinan kerana keutamaan adalah untuk memastikan kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada PRK tersebut dan berkhidmat kepada rakyat Kuala Kubu Bharu.

"Gerakan akan tetap terus mengendalikan pusat khidmatnya untuk membantu rakyat tanpa mengira kaum.

"PRK ini merupakan referendum rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya di Facebook.

Pada Rabu, PN mengumumkan akan meletakkan calon boleh menang dalam PRK berkenaan.

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sesiapa yang boleh melonjakkan sokongan dan membawa kemenangan parti akan mewakili PN dalam PRK.

Menurutnya, ada beberapa nama telah disenarai pendek dan calon akhir akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Gerakan turut bertanding di kerusi berkenaan namun tewas.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!