PRK Kuala Kubu Baharu: PN mesyuarat bincang pemilihan calon Isnin ini

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi Isnin ini bagi membincangkan pemilihan calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat itu akan berlangsung di ibu kota pada jam 5 petang dan dihadiri semua wakil komponen gabungan PN.

“Kami ada menerima senarai calon tetapi belum lagi menentukan calon untuk mewakili PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu.

“PN akan bermesyuarat pada Isnin (22 April) di Kuala Lumpur bagi membincangkan perkara ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Jubli Perak di sini pada Sabtu.

Simbolik perasmian majlis, Takiyuddin (tiga dari kiri) menerima kad raya yang disampaikan oleh posmen.
Simbolik perasmian majlis, Takiyuddin (tiga dari kiri) menerima kad raya yang disampaikan oleh posmen.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Pas dan Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, penetapan calon juga akan dilakukan melalui mesyuarat tersebut dan semestinya individu bermastautin di Selangor.

“Mengikut undang-undang negara mana-mana warganegara Malaysia boleh menjadi calon dan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri mestilah bermastautin di negeri itu.

“Untuk PRK Kuala Kubu Baharu, syaratnya calon itu mesti bermastautin di Selangor,” katanya.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu akan diadakan susulan kematian penyandangnya, Kee Hiong yang mewakili PH pada 21 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Takiyuddin (tiga dari kiri) membacakan kad ucapan hari raya yang disampaikan kepada beliau.
Takiyuddin (tiga dari kiri) membacakan kad ucapan hari raya yang disampaikan kepada beliau.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini, manakala pada 27 April ini sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!