Kemarau, penggunaan tinggi punca gangguan bekalan air di Aidilfitri

kmal Nasrullah (tengah) beramah mesra dengan tetamu yang hadir dalam Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Johor Bahru di Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2, Johor Bahru pada Sabtu.
kmal Nasrullah (tengah) beramah mesra dengan tetamu yang hadir dalam Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Johor Bahru di Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2, Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Gangguan bekalan yang berlaku di beberapa negeri semasa minggu pertama Hari Raya Aidilfitri adalah disebabkan musim kemarau sekali gus menjejaskan sumber air sedia ada.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, selain itu, penggunaan air berlaku lima hingga enam kali ganda kerana perantau pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Jadi dua faktor ini antara sebab utama yang menyebabkan gangguan bekalan air semasa Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini," katanya kepada pemberita dalam Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Johor Bahru di Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2, di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim; Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Liew Chin Tong; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng dan ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern.

Mengulas lanjut, Akmal berkata, pihaknya akan berbincang dengan syarikat air di negeri terbabit termasuk Kedah dan Kelantan bagi mencari penyelesaian isu tersebut kerana terdapat kawasan yang kerap berlaku masalah sama.

"Di negeri lain juga berlaku gangguan bekalan air berpunca tekanan air rendah. Cabaran sedang dihadapi adalah perubahan cuaca yang mendadak. Kita boleh lihat sekarang sebelum ini kemarau, sekarang ada berlaku banjir kilat pula. Kita kena teliti perancangan untuk hadapi suasana luar jangkaan seperti ini," katanya.

Mengenai masalah gangguan bekalan air terputus di tiga kawasan dalam Parlimen Kulai semasa hari pertama sambutan Syawal, Akmal Nasrullah berkata, penyelesaian sedang dirangka bagi mengatasi masalah tersebut.

"Ada beberapa pandangan atau cadangan yang diberikan di peringkat pengguna yang dilontarkan kepada ADUN Bukit Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor. Saya juga akan berjumpa pihak Runhill SAJ untuk berbincang dan mendapatkan gambaran sebenar yang dihadapi tempoh hari," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!