Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar

Al-Sultan Abdullah zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi Sabtu. Foto Facebook Kesultanan Pahang
Al-Sultan Abdullah zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi Sabtu. Foto Facebook Kesultanan Pahang
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi Sabtu.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

"Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara.

"Semoga roh Allahyarham Tun Mohammed Hanif dicucuri rahmat Allah SWT, ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh,” menurut hantaran dalam laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang.

Mohammed Hanif, 85, yang menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2.15 pagi tadi akibat sakit buah pinggang memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974 sebelum bersara pada 15 Januari 1994. - Bernama


Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi Sabtu.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Menurut hantaran di Instagram Selangor Royal Office, Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Polis Selangor pada 1971 dan berkhidmat selama dua tahun.

Artikel Berkaitan:

"Atas jasa dan bakti Allahyarham, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) pada 1992.

"Baginda berdua mendoakan semoga roh Allahyarham Mohammed Hanif dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh," menurut hantaran itu.

Mohammed Hanif, 85, yang menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2.15 pagi tadi akibat sakit buah pinggang dilantik selaku Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974 sebelum bersara pada 15 Januari 1994. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!