RM1.4 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan sepanjang Mac - KKM

KKM mengeluarkan 5,549 kompaun dengan nilai tawaran berjumlah RM1.4 juta susulan penguatkuasaan PPKHT 2004. Foto hiasan
KKM mengeluarkan 5,549 kompaun dengan nilai tawaran berjumlah RM1.4 juta susulan penguatkuasaan PPKHT 2004. Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan 5,549 kompaun dengan nilai tawaran berjumlah RM1.4 juta susulan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, jumlah kompaun itu merupakan hasil aktiviti penguatkuasaan kementerian terhadap 18,178 premis yang dilawati sepanjang Mac lepas dengan sejumlah 8,926 notis kesalahan dikeluarkan.

"Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi, sebanyak 3,816 tawaran kompaun bernilai RM1.91 juta telah dikeluarkan dengan purata RM500 setiap kompaun," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Dr Muhammad Radzi berkata, 642 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan sebanyak 95 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM180,600.

Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 pula, Dr Muhammad Radzi berkata, sebanyak 33,473 premis makanan telah diperiksa.

"Jumlah premis makanan yang diberi perintah penutupan sementara di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 ialah 124 iaitu 0.37 peratus daripada keseluruhan premis makanan yang diperiksa," katanya.

Beliau berkata, tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!