Wanita mengandung didakwa tipu bekalan kereta RM1.409 juta

Seorang wanita mengandung dua bulan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas satu pertuduhan menipu ahli perniagaan berhubung urusan pembekalan 21 kereta import terpakai pelbagai jenama, membabitkan bayaran sebanyak RM1.409 juta, enam tahun lalu.
Seorang wanita mengandung dua bulan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas satu pertuduhan menipu ahli perniagaan berhubung urusan pembekalan 21 kereta import terpakai pelbagai jenama, membabitkan bayaran sebanyak RM1.409 juta, enam tahun lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita mengandung dua bulan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas satu pertuduhan menipu ahli perniagaan berhubung urusan pembekalan 21 kereta import terpakai pelbagai jenama, membabitkan bayaran sebanyak RM1.409 juta, enam tahun lalu.

Nur Luzianna Mohd Ramalan, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menipu dengan memperdayakan Abdul Wahab S Mohd Mydin, 55, untuk mempercayai tertuduh boleh membekalkan 21 kereta import terpakai tersebut.

Ini mendorong mangsa membuat pembayaran sebanyak RM1.409 juta ke dua akaun bank milik tertuduh.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah restoran di pusat beli-belah, Brickfields di sini antara 6 Jun 2018 hingga 28 Februari 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abd Razak mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam, Luqman Hakim Azhar yang mewakili Nur Luzianna memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya tidak bekerja.

Artikel Berkaitan:

"Dia mempunyai tiga anak berusia 16 sehingga enam tahun malah kini sedang mengandung dua bulan," katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Azrul membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu penyerahan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sekali setiap bulan di balai polis berdekatan.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 2 Mei depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!