Muhyiddin dijangka kekal Ketua Bersatu Bahagian Pagoh

Mazlan ( tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan Yayasan Majlis Bandaraya Johor Bahru sempena Tahun Baru Cina kepada salah seorang penerima di Dewan Jubli Intan Majlis Bandaraya Johor Bahru hari ini.
Mazlan ( tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan Yayasan Majlis Bandaraya Johor Bahru sempena Tahun Baru Cina kepada salah seorang penerima di Dewan Jubli Intan Majlis Bandaraya Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Bersatu Bahagian Pagoh.

Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang berkata, hanya bahagian Bersatu Pagoh yang diramal tiada pertandingan bagi jawatan ketua bahagian pada pemilihan di peringkat cawangan bermula pada 25 Januari depan, melibatkan kira- kira 40,000 ahli Bersatu di negeri ini.

Bagaimanapun katanya, bahagian Bersatu Mersing dan Sembrong kini dalam proses rayuan kepada jawatankuasa tertinggi parti selepas kedua-dua bahagian itu didapati tidak layak mengadakan pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian.

" Mersing dan Sembrong tidak menepati syarat yang membolehkan persidangan dan pemilihan dilakukan iaitu perlu ada sekurang- sekurangnya 10 cawangan.

"Jika bahagian tidak boleh mengadakan pemilihan, nasib di peringkat cawangan, Armada dan Srikandi bahagian juga sama," katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Tahun Baru Cina Yayasan Bandaraya Johor Bahru, Dewan Jubli Intan Majlis Bandaraya Johor Bahru di sini hari ini.

Mazlan yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tebrau turut menjangkakan berlaku persaingan sengit merebut jawatan naib presiden dan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi Bersatu.

Jelasnya, pemilihan di peringkat cawangan ditetapkan mulai 25 Januari hingga 1 Mac diikuti peringkat bahagian pada 4 April di mana pemilihan di peringkat cawangan secara undian angkat tangan manakala undian secara sulit bagi pemilihan jawatan bahagian.

"Borang-borang pencalonan hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti Peringkat Bahagian. Jawatankuasa ini dianggotai oleh lima ahli biasa yang tidak bertanding untuk memproses borang pencalonan.

Artikel Berkaitan:

"Ketua Bahagian Bersatu tidak akan terlibat, sekaligus memberi kuasa neutral kepada pemilihan di peringkat bahagian dan cawangan kelak," katanya.

Terdahulu Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Puteri Wangsa menyampai sumbangan Yayasan Bandaraya Johor Bahru kepada 600 penerima sempena Tahun Baru Cina berbentuk wang tunai RM100 dan barangan keperluan harian kepada setiap penerima.