Menang semua perlawanan dan julang EPL - Klopp

Jurgen Klopp. Foto AFP
Jurgen Klopp. Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp kekal positif kedudukan dalam perebutan kejuaraan dan masih percaya jika memenangi semua baki enam perlawanan mereka akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Keputusan sukar bermula dengan seri di Manchester United dan diikuti kekalahan di tempat sendiri kepada Crystal Palace menyukarkan hasrat mereka untuk memenangi EPL.

Malah, mereka juga tersingkir daripada saingan Liga Europa dengan agregat 1-3 pada aksi suku akhir.

“Saya fikir jika kami memenangi semua perlawanan, ada peluang cerah kami akan menjadi juara. Jika tidak ada peluang yang baik orang lain akan menjadi juara.

“Mungkin kami hanya perlu menang lima perlawanan, tetapi tiada siapa yang tahu. Siapa sangka Arsenal kalah menentang Aston Villa?

"Kami semua duduk di sini dan berfikir 'OK, ya. City akan memenangi semua perlawanan mereka dan itu berlaku agak kerap, tetapi mereka mempunyai banyak perlawanan untuk dimainkan dan juga lawan yang sukar.

“Kami tidak fikir tentang itu. Kami tidak memikirkan tentang mereka. Cuma bagaimana kami boleh memastikan kami mula memenangi perlawanan semula,” katanya.

Ketika ini, Liverpool berada di kedudukan ketiga EPL dengan 71 mata berkongsi mata yang sama dengan Arsenal di kedudukan kedua manakala Manchester City mendahului liga dengan 73 mata.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!