Liverpool hidupkan peluang julang EPL

Gravenberch meraikan jaringannya ketika menentang Fulham. Foto EPA
Gravenberch meraikan jaringannya ketika menentang Fulham. Foto EPA
A
A
A

KEPUTUSAN Jurgen Klopp untuk memberikan peluang kepada ramai pemain simpanan beraksi membuahkan hasil apabila melakar kemenangan 3-1 di Fulham pada Ahad sekali gus memastikan Liverpool menyamai mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.

Klopp menyisihkan beberapa pemain utama, termasuk penjaring terbanyak Mohamed Salah di bangku simpanan selepas kurang daripada 72 jam mereka tersingkir dari Liga Europa kepada Atalanta.

Trent Alexander-Arnold dan Diogo Jota menjaringkan gol pertama mereka selepas dua bulan dan Ryan Gravenberch meledak gol pertamanya dalam liga utama Inggeris untuk memastikan anak buah Klopp terus bernyawa dalam perebutan kejuaraan.

Manchester City yang juga juara bertahan masih pilihan utama menjulang EPL walaupun berada satu mata di belakang Liverpool dan Arsenal dengan satu perlawanan dalam tangan.

Bagaimanapun, Liverpool dan Arsenal telah memberi tekanan kepada anak buah Pep Guardiola dengan bangkit daripada kekalahan mengejut hujung minggu lalu.

“Semua pemain ini mempunyai kualiti yang besar. Kadang-kadang momentum itu ada, kadang-kadang tidak, tetapi kualitinya tetap luar biasa,” kata Klopp.

Pemain Jerman itu melakukan lima pertukaran kepada pasukan yang menang 1-0, tetapi gagal menukar defisit 3-0 pada perlawanan pertama menentang Atalanta.

Alexis Mac Allister, Dominik Szoboszlai, Curtis Jones dan Ibrahima Konate turut berada di bangku simpanan bersama Salah.

Artikel Berkaitan:

“Ia membantu semua orang. Saya suka persembahan pemain, saya suka pilihan yang ada. Ia adalah situasi skuad yang baik. Kami memerlukan kesemuanya, kami perlu berjuang melalui perlawanan dan kami mempunyai derby (Merseyside) untuk perlawanan seterusnya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!